Masa

    Masa!Masa! Setiap manusia mempunyai masa. Kita diberikan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 atau 31 hari sebulan. Masa sangat bermakna bagi setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Kenyataan yang telah diketahui oleh setiap manusia mengenai komitmen yang telah diberikan kepada mereka bagi memanfaatkan masa yang diberikan kepada mereka. Setiap manusia telah dibekalkan kepada mereka akal fikiran yang dapat memimpin mereka untuk menggunakan masa bagi membantu mereka tidak melakukan perkara yang sia-sia.

      Seterusnya, perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan masa kita tidak digunakan untuk perkara yang sia-sia adalah membuat perancangan awal bagi mengisi masa. Oleh itu, kita mesti memikirkan perkara yang akan kita alami iaitu akibat dari melakukan perkara tersebut. Hal ini menujukkan perancangan masa sangat bermakna dan penting.

      Sebagai penutup bagi blog ni, saya ingin mengingatkan setiap manusia sangat banyak waktu(masa). Oleh itu, terserahlah kepada diri sendiri untuk menggunakan masa itu ke arah manfaat atau tidak.

Ulasan

Catatan Popular