Berniaga tanpa modal

Berniaga tanpa modal merupakan kursus baharu yang kami tahu dan jarang sekali dengar di Universiti lain. Pada pandangan kami untuk mendefinisikan kursus ini adalah merupakan kursus yang menyediakan ilmu perniagaan, kemahiran praktikal, produk tanpa modal yang berharga tinggi, meluaskan jaringan antara pelajar dan usahawan terkemuka, menjana pendapatan tinggi dan memperoleh hadiah yang menarik, secara individu dan berpasukan. Kursus ini agak menarik pada mulanya semasa kami memilih kursus kerana membuat kami terfikir bagaimana sebenarnya kami sebagai pelajar ingin berniaga tapi tanpa memerlukan modal kerana modal merupakan komponen terpenting dalam perniagaan. Namun, setelah kami menjalani kursus ini, kami sedar akan teknik dan kaedah untuk berniaga tanpa memerlukan modal.

Ulasan

Catatan Popular