faedah melancong
Melawat ke luar negara merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Lawatan ini biasanya dilakukan pada musim cuti sekolah, cuti sekolah,cuti bekerja atau hujung minggu. Jika seseorang itu ingin melawat ke luar negara, ia memerlukan kos perjalanan yang agak banyak.Sebagai contoh,untuk ke negara China, India, Australia, Indonesia, England dan lain-lain. Sebenarnya, ada banyak faedah melawat ke luar negara.
Faedah yang pertama ialah kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Apabila kita ke luar negara,kita akan pergi ke tempat yang belum pernah kita kunjungi. Contohnya,jika kita ke Indonesia,kita boleh berkunjung ke tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Pancasila. Jika kita seorang pelajar,kita perlu membuat catatan dan membuat bertanya kepada pegawai yang bertugas di tempat tersebut, Pengetahuan tersebut boleh dijadikan bahan maklumat kepada kita.
Di samping itu,dengan melawat ke luar negara,kita boleh menambahkan pengalaman. Contohnya,pengalaman menaiki kapal terbang adalah sangat menarik hati. Kita dapat merasai pengalaman ketika berada di kawasan pemeriksaan kastam atau imigresen di lapangan terbang. Semasa di dalam kapal terbang, biasanya penumpang tidak boleh membawa beg yang beratnya melebihi 25 kilogram dan juga tidak boleh membawa barang-barang yang dilarang seperti cecair,makanan,senjata tajam dan lain-lain. Pengalaman ini akan menjadi panduan sehingga kita dewasa.
Selain itu,lawatan ke luar negara dapat memberikan semangat kepada diri seseorang untuk menjadi lebih baik. Jika kita seorang pelajar,kita akan lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Bagi sesetengah orang, lawatan ke luar negara sangat dinanti-nantikan kerana tempat tersebut ialah suasana yang sebenar dialami dan sekali gus dapat memberi motivasi diri terutama apabila kita melihat masyarakat di negara luar yang lebih maju dan hidup dalam keadaan harmoni seperti di negara matahari terbit iaitu Jepun.
Bagi seorang yang sudah bekerja,melawat ke luar negara akan menghilangkan rasa bosan kerana penat bekerja. Contohnya, jika seseorang itu dapat melawat negara beriklim sejuk seperti England,mereka boleh bermain salji semasa musim sejuk lantas menjadikan mereka lebih teruja dan seronok kerana dapat berehat sambil melepaskan tekanan kerja dan memperoleh pengalaman baru di sana. Kita juga boleh berjumpa dengan orang yang berlainan bangsa seperti bangsa Afrika,Inggeris,Perancis dan lain-lain. Dengan ini,kita juga boleh menambahkan kenalan dari seluruh dunia, bak kata peribahasa,berkawan biar seribu,berkasih biar satu.
Ulasan
Catat Ulasan