faedah sarapan

 Sarapan merupakan salah satu waktu makanan yang kurang diambil perhatian oleh segelintir masyarakat . Terdapat banyak faedah mengambil sarapan kepada diri kita.

   Antaranya,faedah mengambil sarapan pagi ialah masalah obesiti dapat dielakkan. Banyak orang yang beranggapan bahawa dengan tidak mengambil sarapan pagi, dapat mengurangkan berat badan mereka. Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari dan tidak berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan ringan untuk menghilangkan kelaparan. Sebetulnya,berat badan lebih mudah dikurangkan dengan mengambil sarapan pagi dengan tidak makan secara keterlaluan pada waktu tengah hari sebagai akibat kelaparan kerana tidak mengambil sarapan pagi. Kajian yangdijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remajaberusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan ratarata jauh lebih langsing dankurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihanPengambilan sarapan pagi perlulah seimbang dengan tenaga yang diperlukan. Untuk mengelakkan masalah obesiti, kita haruslah bersarapan pagi dengan makanan yang berkhasiat seperti bijiran dengan susu. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan obesiti malahan juga dapat mengelakkan pelbagai penyakit yang berbahaya. Tegasnya, masalah obesiti dapat diatasi dengan memberikan berat badan yang ideal jika kita mengambil sarapan pagi.👍

Ulasan

Catatan Popular