karangan sekolah rendah dulu dulu
Masih teringat-ingat akan pengalaman semasa di sekolah rendah. Betapa nakalnya aku ketika itu kerana banyak sekali melakukan ganguan terhadap orang dewasa. tetapi biasalah itu budak-budak . tapi ketika waktu persekolahan, aku masih teringat aka karangan yang aku karangkan semasa pemelajaran. karangan tersebut ialah aku sebuah komputer. aku mengarangnya dengan sangat tekun. pada saat ini , aku akan menunjukkan hasil karangan aku pada waktu itu.
Aku berasal daripada sebuah keluarga yang termasyhur di dunia, iaitu ADHESI. Tubuh aku diperbuat daripada gabungan aluminium, plastik, dan besi. Kebanyakan anggota badanku diperbuat di Taiwan tetapi aku dipasang di Malaysia. Aku diberi nama “Adhesi 486 DX2”.
Setelah diriku dilengkapi peranti disket, monitor, papan, kekunci, dan tetikus, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Kemudian, aku dihantar ke sebuah kedai komputer di Taiping dengan sebuah lori. Selepas dua hari dipamerkan, aku telah dibeli oleh seorang lelaki sebagai hadiah hari lahir untuk anaknya yang bernama Balan.
Setibanya di rumah tuan aku, aku telah disambut mesra oleh Balan. Dengan mudah sahaja, Balan sudah memahami perangai dan kehendak aku. Dia memberikan layanan dan belaian yang istimewa kepadaku. Dia telah menjadikan aku sebagai teman istimewanya. Akulah penghibur dan pembantu setia dalam pelaksaan tugas-tugas sekolahnya. Balan amat berpuas hati dengan khidmat aku. Layanan istimewa yang aku terima seing membuatkan kawan-kawanku yang lain seperti televisyen, radio, dan kipas berasa iri hati.
Namun begitu, kebahagiaan yang aku kecapi tidak kekal lama. Pada suatu hari, Balan memaksa aku menerima satu program yang amat berat. Aku terpaksa menolak permintaan tuanku kerana tubuhku ini tidak terdaya menggerakkan program tersebut. Tindakan aku itu telah membuatkan Balan marah dan tidak mempedulikan aku lagi.
Walau bagaimanapun, pada suatu hari, bapa Balan telah membawa aku ke kedai untuk dinaikkan taraf. Aku berasa lebih kuat dan bersemangat, lantas aku diberi nama baharu, iaitu “ Pentium III”.
Balan berasa gembira dengan diriku yang baharu dan dia kembali menjadikan aku sebagai teman setianya. Aku berasa amat gembira dan bangga kerana Balan meneruskan khidmatku
Ulasan
Catat Ulasan