kawan baik

Manusia sangat memerlukan antara satu sama lain. Tidak kira kalau dia kuat atau gagah sekalipun. Dalam kehidupan, kita sangat digalakkan unyuk saling bantu membantu antara satu sama lain. Seperti kelaziman masyarakat kita yang hidup berkelompok ini, sangat penting untuk kita bergaul bagi merapatkan ukhwah sesama kita. Dalam blog kali ini, saya akan menceritakan kenapa kita memerlukan kawan baik.

   Yang pertama ialah dapat berkongsi pendapat dan juga masalah. Tidak semua orang yang berada di keliling kita dapat memahami apa yang kita lalui pada masa-masa tertentu. Kawan baik merupakan tempat di mana kita dapat mengadu masalah yang kita alami. Sebagai sahabat, mereka dapat membimbing kita ntuk menyelesaikan masalah kerana mereka sangat memahami kita serta mengambil berat akan kita. Selain itu, sahabta dapat membimbing kita untuk kembali sujud kepada Allah kerana pada masa kita mengalami kesusahan, kadang-kadang fikiran kita tidak dapat mengawal tindak tanduk kita sehingga dapat menyebabkan perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan. 

   Oleh itu, kawan baik merupakan sahabat dunia akhirat kita yang patut kita sayangi kerana merekalah yang sentiasa ada ketika senang dan susah kita.

Ulasan

Catatan Popular