peristiwa bila baru masuk universiti

Setiap orang pasti ada pengalaman masing-masing sewaktu awal-awal bergelar pelajar universiti kan? aku sangat suka akan pengalaman mengenai peristiwa awal-awal bila masuk universiti ini kerana banyak sangat peristiwa manis yang aku dapat rasai.
Yang pertama ialah apabila mak ayah aku hantar aku di universiti.Ini perkara paling aku tak akan lupa masa mula-mula masuk daftar universiti dulu. Mak ayah aku akan sama-sama tolong angkat begaku yang berat tu dari bawah blok sampailah atas bilik tingkat 3. 
Yang kedua apabila dapat kenal kawan baru dan dia menjadi roomate .Bila dah sampai bilik, akan jumpa pula muka-muka baru yang tak pernah kita jumpa. Waktu ni awkward sikitlah tak tahu nak borak apa kan? Soalan paling cliche adalah "orang mana?" "course apa?". Habis soalan tu masing-masing pun dah tak ada idea nak tanya apa. Mostly macam tu lah kan?
Seterusnya pilih katil.Lagi satu bila dah sampai bilik benda pertama sekali kita buat, mestilah pilih katil. Kalau sampai awal dari yang lain bolehlah nak cop mana-mana katil. Kalau dah lambat terpaksalah ambik katil paling last. Nak tak nak terpaksalah ambil juga.
Yang ini memang wajib, iaitu orientasi.Macam biasalah, semua universiti memang ada benda ni. Memang tak boleh lari! Haha. Minggu orientasi ni adalah minggu penat, 'berlecak', tak cukup tidur semua pelajar. Masa ni macam-macam aktiviti kena buat. Kalau ada perasaan menyampah dengan senior waktu minggu orientasi tu memang normal sebab waktu ni diorang akan jadi fasilitator yang mengarah kita ke sini sana.


Ulasan

Catatan Popular