tempat best kat teranu

Negeri Terengganu merupakan negeri yang sangat dikenali dengan negeri anjung ilmu. Selain itu, di Terengganu juga mempunyai pelbagai tempat yang sangat menarik bagi meluangkan masa cuti dan melancong ke sana. Hal ini kerana, di negeri itu mempunyai pelbagai tempat yang sangat menarik setanding tempat di luar negara.

Rata-rata yang datang tidak akan melepaskan peluang berehat di pulau, tasik dan pantai sekitar Terengganu. Namun tahukah anda, selain tempat-tempat berkenaan, Terengganu juga mempunyai tempat warisan  sejarah, seni binaan lama, peranginan, gunung yang boleh diterokai dan bermacam-macam aktiviti yang boleh meluaskan pengalaman dan menambah keseronokan percutian.

  Pada kali ini, saya ingin mengongsikan satu tempat yang sangat istimewa khususnya kepada penggemar ikan atau yang ingin merasai sendiri bagaimana memberi ikan dengan jarak yang sangat dekat.Tempatnya ialah Santuari Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir Hulu Terengganu
Bagaimana rasanya jika dikerumuni ribuan ikan? Panik? Teruja? Alaminya sendiri di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir. Sebaik sahaja berada dalam sungai, ribuan ikan kelah bagaikan menanti kedatangan anda dan terus mengerumuni anda.

Memang gerun awalnya melihat sekumpulan ikan yang banyak datang menyerbu namun perasaan itu akan bertukar menjadi seronok apabila anda boleh memegang ikan-ikan yang jinak ini sambil memberi makan. Malah dek keterujaan ada yang sanggup mencium ikan-ikan ini!

Ulasan

Catatan Popular